64 cedera, trak pekerja kilang kilang terbalik

64 cedera, trak pekerja kilang kilang terbalik

PHNOM PENH, Kemboja, 27 April – Sebuah trak yang terlebih muatan dengan membawa pekerja kilang Kemboja telah melencong tiba-tiba dan terbalik setelah sebiji tayarnya meletup, mengakibatkan 64 penumpangnya cedera termasuk beberapa daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa hari ini.

Trak itu telah dipenuhi dengan 75 penumpang yang mana jauh melebihi kapasiti yang dibenarkan, telah mengakibatkan salah satu tayar belakangnya meletup, kata Mejar Polis, Khim Sam On. Menurutnya trak itu membawa dua atau tiga kali ganda muatan berat yang dibenarkan.

Kemalangan itu berlaku di utara wilayah Kampung Speu, kawasan sama di mana dua trak yang mengangkut para pekerja kilang berlanggar pada Januari yang meragut lima jiwa dan mencederakan 65 yang lain.

Khim Sam On berkata para pekerja insiden pagi tadi itu bekerja bagi sebuah kilang milik warga Taiwan yang berhampiran Kampung Chhnang yang menghasilkan kasut namun dia tidak dapat dihubungi.

Industri kasut dan pakaian Kemboja adalah sumber pendapatan eksport terbesar negara itu, yang menggaji kira-kira 700,000 orang dalam lebih 700 kilang pakaian dan kasut, termasuk yang membekalkan jenama Barat terkenal seperti Gap, H&M, Adidas dan Nike.

Pada 2015, negara Asia Tenggara telah menghantar kira-kira AS$7 bilion nilai produk ke Amerika Syarikat dan Eropah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA