64 warga China, Taiwan diberkas, terlibat penipuan Internet

64 warga China, Taiwan diberkas, terlibat penipuan Internet

PHNOM PENH, Kemboja, 30 Ogos – Polis Kemboja telah menangkap 64 orang dari tanah besar China dan Taiwan hari ini, menuduh mereka terbabit dalam penipuan Internet, kata para pegawai.

Maklumat awal menunjukkan bahawa kira-kira 12 daripada suspek itu berasal dari Taiwan, sementara selebihnya dari tanah besar China, kata Jeneral Ouk Haiseila, ketua Biro Siasatan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Kemboja.

Jeneral mengatakan suspek-suspek telah ditangkap di sebuah rumah sewa di Phnom Penh, bandar Kemboja.

Mereka dituduh menipu mangsa dari China menggunakan panggilan telefon dalam Internet, katanya.

“Suspek berkenaan kini ditahan oleh polis imigresen untuk disoal siasat dan kemudian kami akan menghantar mereka balik ke China,” kata Jeneral Ouk Haiseila. – AP