65 batu berlian dipasarkan

65 batu berlian dipasarkan

SYDNEY, 26 Jun (AFP) – Enam puluh lima batu berlian berwarna merah jambu dan merah yang amat luar biasa telah didedahkan hari ini oleh syarikat gergasi perlombongan Rio Tinto yang menjangkakan batu berlian dari lombong barat Australia terpencil itu dapat mencapai harga tertinggi.

Batu-batu berlian itu berasal dari lombong Argyle, firma Anglo-Australia – yang mana lebih 90 peratus batu permata warna merah dan merah jambu di dunia dihasilkan setiap tahun. “Tahun ini, kami mungkin mendapat tawaran paling berharga,” ketua eksekutif galian dan berlian Rio Tinto, Alan Davies memberitahu AFP tentang jualan tahunan.

“Kami mendapat sebilangan warna merah menawan, dan warna dan kejelasan tahun ini benar-benar unik.

“Ia sangat luar biasa, yang mana kesemua warna merah jambu boleh diletakkan di telapak tangan anda dan kesemua yang berwarna merah boleh dihitung pada satu tangan, ia betul-betul dalam kategori himpunan mewah.”

Batu berlian ‘Argyle Prima’  merah terang 1.20 karat yang didedahkan di Sydney. – AFP
Batu berlian ‘Argyle Prima’ merah terang 1.20 karat yang didedahkan di Sydney. – AFP

Himpunan 2015 memaparkan lima batu permata ‘wira’, termasuklah 1.93 karat berlian berwarna merah jambu keungu-unguan terang dan batu permata berbentuk bujur berwarna merah menawan.

Rio berkata pemilihan tahun ini, yang berat sejumlah 44.14 karat, mempunyai beberapa batu berlian merah dan merah jambu ‘paling terang’ yang malah dikeluarkan dari lombong.

Batu permata berusia kira-kira 1.6 bilion tahun dan selalunya berharga AS$1-2 juta satu karat. Mengikut peraturan asas, berlian merah jambu dan merah bernilai kira-kira 50 kali ganda dari berlian putih.

ARTIKEL YANG SAMA