65 pengaman Fiji akan dibawa pulang

65 pengaman Fiji akan dibawa pulang

WELLINGTON, New Zealand, 29 Mei – Fiji berkata ia akan membawa pulang 65 daripada 300 pengaman yang ditempatkan di Semenanjung Sinai di Mesir dan telah menutup pangkalan terpencil di sana tatkala keselamatan menjadi lebih buruk.

Komander Humphery Tawake, yang mengetuai pasukan pengaman asing negara Pasifik Selatan, berkata hari ini Fiji diminta supaya mengurangkan jumlah kehadiran mereka oleh pemimpin pasukan pengaman antarabangsa yang ditempatkan di Mesir disebabkan pertempuran di antara angkatan bersenjata Mesir dan militan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA