650 pegawai, guru IRK sertai Khatam Al-Quran

650 pegawai, guru IRK sertai Khatam Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

TUTONG, 5 Julai – Kira-kira 650 orang peserta terdiri daripada pegawai dan guru-guru Pengetahuan Ugama Islam (IRK) di semua empat daerah Negara Brunei Darussalam hari ini menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI) tahun 1436H/2015M.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong pagi tadi ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam dan isteri.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan kemudian bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Al-Lahab oleh peserta khatam kemudian disusuli dengan bacaan tahtim, bacaan doa khatam dan dikir Marhaban dari guru-guru lelaki.

Majlis ini adalah bertujuan unuk menggalakkan guru-guru ugama membaca Al-Quran dan menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai aktiviti dalam kehidupan seharian.

Antara mereka yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI) di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.
Antara mereka yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI) di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Di samping itu ia memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini menerusi pembacaan Al-Quran dan meningkatkan minat dan kesedaran guru-guru ugama dan terus memmbaca dan mengkhatamkan Al-Quran sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

ARTIKEL YANG SAMA