68 anak yatim terima sumbangan

68 anak yatim terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Dalam usaha untuk membantu anak-anak yatim membuat persiapan bagi Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pertahanan telah menghulurkan sumbangan wang tunai dan bungkusan makanan kepada seramai 68 orang anak yatim pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

Penyampaian sumbangan derma pada majlis yang berlangsung di Surau Bolkiah Garison, Berakas, itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar selaku tetamu kehormat majlis.

Manakala itu, bungkusan makanan pula telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Awang Abu Sufian bin Haji Ali.

Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Bungkusan makanan yang disampaikan oleh Awang Abu Sufian kepada anak-anak yatim.
Bungkusan makanan yang disampaikan oleh Awang Abu Sufian kepada anak-anak yatim.

Acara tahunan Kementerian Pertahanan itu turut dihadiri oleh pengarah-pengarah awam, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga dan penjaga anak-anak yatim yang diraikan.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat beramai-ramai yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Ugama di Bahagian Ugama, Jabatan Arah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan, Haji Ariffin bin Tuah.