68 ‘penghijrah’ diselamatkan di UK

68 ‘penghijrah’ diselamatkan di UK

LONDON, 5 Jun (AFP) – Perkhidmatan kecemasan British berkata hari ini mereka menemui 68 orang yang terkurung di dalam sebuah kontena di sebuah pelabuhan di tenggara England, termasuk dua wanita mengandung.

Tujuh orang, termasuk wanita, dikejarkan ke hospital tetapi tiada seorang pun dalam keadaan serius, menurut kenyataan daripada Perkhidmatan Ambulans Timur England.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Pelabuhan Antarabangsa Harwich, yang terutamanya digunakan oleh feri-feri menuju ke Belanda, sejurus selepas jam 10:00 malam (2100 GMT) pada petang Khamis.

“Sejumlah 68 orang dikesan di tempat kejadian dengan tujuh orang kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Colchester untuk penilaian lanjut dan penjagaan,” kata perkhidmatan ambulans.

“Pesakit-pesakit yang dikejarkan ke hospital menderita sakit perut dan dada serta berasa mahu pengsan. Tiada seorang pun berada dalam keadaan serius.”