69 sertai ‘Hari Keputeraan Ride’

69 sertai ‘Hari Keputeraan Ride’

Oleh Na’ila Azmi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Sebagai aktiviti tahunannya sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ke-69 Tahun, Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA), baru-baru ini, telah mengadakan ‘Hari Keputeraan Ride’ yang disertai seramai 69 ahlinya.

Sebelum memulakan perjalanan pada 15 Ogos lalu, ahli-ahli berkumpul di Taman Permainan Jerudong di mana mereka mendengar taklimat ringkas mengenai keselamatan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

Perjalanan konvoi yang diketuai oleh Pengiran Haji Redzuan bermula di taman permainan berkenaan dan berakhir di Gerai Perayaan di kawasan lapang berhadapan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, di ibu negara.

Acara tersebut adalah bagi mengumpulkan ahli-ahli persatuan untuk bersama-sama memberigakan Hari Keputeraan raja yang dikasihi dan memperlihatkan semangat perpaduan, selain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli.

Seramai 69 ahli PEMODA yang menyertai ‘Hari Keputeraan Ride’.
Seramai 69 ahli PEMODA yang menyertai ‘Hari Keputeraan Ride’.

Ia juga bertujuan untuk mempraktikkan program kesedaran keselamatan menunggang motosikal agar membiasakan mereka menunggang motosikal dengan cara yang betul dan selamat. Dalam kesempatan itu, ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahli PEMODA dengan penuh hormat serta takzim sukacita menyembahkan setinggi-tinggi tahniah dan sembah ucapan ‘Selamat Hari Keputeraan’ kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69.

ARTIKEL YANG SAMA