7 ahli BDNAB ke P. Pinang

7 ahli BDNAB ke P. Pinang

pg02_150807_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Tujuh orang ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi untuk menyertai The 1st Asia Pacific Visually Impaired (APVIYS) yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Mereka ialah Timbalan Presiden/Pengarah Eksekutif BDNAB, Muhammad Hamzi bin Omar; Dyg Noor Ani Adriana binti Awg Adanan (Setiausaha Agong); Haji Nuurmatiin bin Haji Abu Bakar (Bendahari); Haji Hamdan bin Ajak (Jawatankuasa Belia & Sukan); Mohammad Radzi bin Mohd Rapi (Ahli), Erni Yushammy binti Yuzzeni (Ahli) & Nur Haziqah binti Omar (Pengiring).

BDNAB mendapat undangan daripada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Majlis Kebangsaan bagi Orang Buta Malaysia (NCBM), Japan Braille Library (JBL) dan World Blind Union Asia Pacific (WBUAP) bagi menyertai program tersebut.

Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan platform kepada golongan belia cacat penglihatan dari seluruh rantau Asia Pasifik bagi berkongsi idea, pengalaman dan aspirasi ke arah memperkasa belia cacat penglihatan di rantau ini.

ARTIKEL YANG SAMA