7 atlet galas cabaran SMAC

7 atlet galas cabaran SMAC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Tujuh atlet veteran Negara Brunei Darussalam (NBD) berlepas ke Salatiga, Jawa Tengah, Indonesia bagi menyertai Kejohanan Olahraga Salatiga Masters 2016 (SMAC 2016).

Hadir mengucapkan selamat jalan kepada atlet negara ialah Timbalan Presiden Atlet Veteran NBD, Haji Adenan bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

Mengetuai kontinjen Brunei di temasya yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos itu ialah Setiausaha II Atlit Veteran NBD, Haji Abu Bakar bin Haji Pungut.

Acara sukan belapan dan padang akan disertai oleh Kapten (B) Haji Osman bin Haji Lahab, Haji Tiang @ Haji Safri Mudin, Haji Abu Bakar bin Haji Pungut, Haji Abdul Rani bin Haji Matassan dan Haji Suhaibon bin Haji Othman, sementara atlet wanita pula disertai oleh Hajah Mariat binti Haji Metusain dan Cecilia Maksimon.

Antara atlet veteran Negara Brunei Darussalam yang menyertai SMAC 2016 di Indonesia.
Antara atlet veteran Negara Brunei Darussalam yang menyertai SMAC 2016 di Indonesia.

ARTIKEL YANG SAMA