7 cedera bot tentera terbakar

7 cedera bot tentera terbakar

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Tujuh orang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengalami kecederaan apabila Bot Pengangkutan Tentera (BPT) kepunyaan Skuadron Bot Tempur TDDB, yang mereka naiki mengalami kebakaran dalam satu kejadian di Pengkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada pukul 2:40 petang tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, kejadian kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal, bagaimanapun siasatan lanjut akan dibuat oleh pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan semuanya berada dalam keadaan stabil.

Gambar dikirimkan dari WhatsApp menunjukkan kebakaran Bot Pengangkutan TDDB.
Gambar dikirimkan dari WhatsApp menunjukkan kebakaran Bot Pengangkutan TDDB.

ARTIKEL YANG SAMA