7 cedera roller coaster terbabas

7 cedera roller coaster terbabas

LONDON, 27 Jun (Agensi) – Sekurang-kurangnya tujuh cedera apabila sebuah gerabak ‘roller coaster’ di sebuah taman tema di Scotland terkeluar dari landasan dan jatuh menimpa permainan kanak-kanak di bawahnya, lapor akhbar Daily Record.

Akhbar memetik saksi sebagai berkata, gerabak permainan Tsunami di taman tema M&D di Motherwell berhampiran Glasgow itu jatuh 10 meter ke tanah.

Difahamkan, lapan hingga 10 orang menaiki permainan ketika itu. Kanak-kanak antara yang dibimbangi terperangkap.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata, mereka menjawab panggilan kecemasan di taman itu namun tidak memberi butiran lanjut.

Sebahagian daripada rangka gerabak ‘roller coaster’ yang terkeluar daripada landasan ketika siasatan sedang dijalankan di taman hiburan tersebut di Motherwell, Scotland, semalam. Saksi berkata gerabak permainan Tsunami di taman itu terjatuh, dengan beberapa orang dibawa ke hospital untuk rawatan. - AP
Sebahagian daripada rangka gerabak ‘roller coaster’ yang terkeluar daripada landasan ketika siasatan sedang dijalankan di taman hiburan tersebut di Motherwell, Scotland, semalam. Saksi berkata gerabak permainan Tsunami di taman itu terjatuh, dengan beberapa orang dibawa ke hospital untuk rawatan. – AP

Perkhidmatan ambulans Scotland berkata, enam kru ambulans, sebuah pasukan tindak balas operasi khas dan sepasukan doktor kecemasan dihantar ke taman itu sejurus insiden.

Mereka bagaimanapun tiada maklumat berhubung mangsa yang maut. Gambar dalam Twitter menunjukkan pengunjung cuba membantu mangsa yang terperangkap dalam gerabak yang terbalik.

ARTIKEL YANG SAMA