7 diberkas kendali ‘rumah pelacuran internet’

7 diberkas kendali ‘rumah pelacuran internet’

NEW YORK, 26 Ogos (AFP) – Tujuh orang penduduk New York diberkas dan didakwa mempromosikan pelacuran lelaki semalam, melalui “rumah pelacuran internet” dengan menawarkan seks kepada para pelanggan berbayar di seluruh dunia, menurut pihak pendakwa.

Laman sesawang rentboy.com tempat menyiarkan beribu-ribu iklan berbayar daripada lelaki, terutamanya menawarkan pelacuran di seluruh dunia dan di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat, menurut pihak pendakwa.

Laman itu meraih lebih AS$10 juta dalam hasil kasar dalam tempoh lima tahun lalu sahaja, menurut para pegawai.

Kerajaan AS berusaha menutup laman itu tetapi masih boleh dimasuki semalam, menawarkan perkhidmatan di negara-negara sehingga Afghanistan, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.

Kerajaan juga mengeluarkan waran untuk merampas lebih AS$1.4 juta hasil jenayah yang dikatakan itu dari enam bank akaun.

Anggota penguat kuasa undang-undang ketika merampas komputer serta barang bukti lain milik rentboy.com dari pejabat mereka di Manhattan, New York. – Reuters
Anggota penguat kuasa undang-undang ketika merampas komputer serta barang bukti lain milik rentboy.com dari pejabat mereka di Manhattan, New York. – Reuters

“Rumah pelacuran internet itu meraih berjuta-juta dolar dari promosi pelacuran haram,” menurut pemangku peguam negara AS Kelly Currie di daerah timur New York.

Enam lelaki dan seorang wanita diberkas di New York berdepan penjara lima tahun dan denda AS$250,000 jika didapati bersalah. Mereka akan muncul di hadapan majistret di mahkamah persekutuan AS di Brooklyn, menurut para pegawai.

Mereka dikenal pasti sebagai Jeffrey Hurant, 50 tahun yang dikatakan CEO laman sesawang itu, bersama-sama pekerja-pekerja, Michael Belman, 47 tahun, Clint Calero, 48, Edward Estano, 23 tahun, Shane Lukas, 41 tahun, Marco Decker, 28 tahun dan Diana Mattos, 43 tahun.

Pihak pendakwa berkata pelanggan-pelanggan membayar sehingga beberapa ratus dolar sebulan untuk mengiklankan perkhidmatan seksual berbayar di laman sesawang itu.

Mereka juga boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan laman sesawang lain yang mana kehandalan seksual mereka dinilai oleh para pelanggan sebelumnya.

Pelacuran adalah menyalahi undang-undang di AS, melainkan bagi negeri-negara terpencil di negeri Nevada.