7 ditahan tangkap burung liar

7 ditahan tangkap burung liar

TIANJIN, 16 Okt – Polis di utara China, Perbandaran Tianjin telah menahan tujuh orang didakwa menangkap dan membuat perdagangan burung liar selepas satu kempen yang bermula Ahad lepas.

Kempen selama dua bulan itu muncul selepas lebih 3,000 burung hidup diselamatkan dari jaring semasa cuti Hari Kebangsaan dari 1 Oktober hingga 7 Oktober lalu.

Antara suspek adalah Zhuang yang ditahan pada Khamis, mengaku telah menangkap lebih daripada 600 ekor burung liar secara haram sejak Ogos dan menjualnya pada harga kira-kira 10,000 yuan (AS$1,500), menurut seorang jurucakap biro keselamatan awam di bandar itu.

Setakat ini, polis telah menanggalkan 9,310 meter jaring, menyerbu 79 buah pusat-pusat perdagangan burung, dan mendapati lebih 1,700 burung, kata jurucakap itu. Kebanyakan burung hijrah singgah di Tianjin pada musim luruh dan penjaringan secara haram yang menyalahi undang-undang telah menjadi satu masalah yang serius di negara itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA