7 guru terjatuh ke dalam tangki najis

7 guru terjatuh ke dalam tangki najis

15-tahunNAIROBI, 14 November 2001 – Tujuh orang guru cedera parah selepas terjatuh ke dalam tangki najis ketika menghadiri satu majlis pengebumian di Kisumu, barat Kenya, menurut akhbar negara tersebut.

Guru terbabit melintasi tangki itu ketika berjalan di bahagian belakang keranda jenazah rakan mereka apabila tangki najis tiba-tiba runtuh.

Pasukan Bomba dan Penyelamat berkejar ke tempat kejadian untuk mengeringkan tangki najis berkenaan serta menyelamatkan guru terbabit.

Mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dengan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

ARTIKEL YANG SAMA