7 kaki pancing alami pengalaman pahit selepas bot karam

7 kaki pancing alami pengalaman pahit selepas bot karam

LABUAN, 3 Ogos – Tujuh kaki pancing alami pengalaman pahit selepas bot mereka karam dalam cuaca buruk pada pagi tadi, memaksa mereka berenang selama berjam-jam dalam lautan bergelora berhampiran pelantar minyak, lapan batu nautika dari perairan Labuan.

Tujuh lelaki itu adalah Robin Munding, 25; Aksan Ahmad, 34; Toron Abg Ghani, 47; Besar Munding, 19; Roslan Penanti, 25; Bernard Muin, 29; dan Arsit Jiltani, 42; dalam perjalanan ke laut untuk memancing pada awal pagi tadi tetapi bot me-reka tiba-tiba dipukul ombak besar dan karam kira-kira 3:30 pagi.

Kesemua mereka membuat keputusan untuk berenang daripada menunggu bantuan kapal yang melalui kawasan itu, bagi mencari objek terapung tetapi hanya menemukan pelantar minyak untuk berlindung.

Helikopter APMM digunakan untuk menyelamatkan tujuh pemancing tempatan yang bot mereka karam lapan batu nautika dari perairan Labuan. – Bernama
Helikopter APMM digunakan untuk menyelamatkan tujuh pemancing tempatan yang bot mereka karam lapan batu nautika dari perairan Labuan. – Bernama

Ketua Penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata kesemua mangsa ditemui berlindung di bawah pelantar itu oleh kakitangan APMM dan terus memaklumkan bilik operasi agensi berkenaan.

Beliau berkata khidmat helikopter terpaksa digunakan bagi mengangkut kesemua mangsa kira-kira 8:15 pagi, iaitu lima jam selepas kejadian berkenaan ekoran cuaca buruk dan gelombang besar. – Bernama