7 kanak-kanak maut selepas minum air kotor India

7 kanak-kanak maut selepas minum air kotor India

NEW DELHI, 29 April – Kematian tujuh kanak-kanak cacat dikatakan berkaitan dengan air minuman yang dicemari di rumah kerajaan bagi orang berkeperluan khas di utara India, menurut pegawai hari ini.

Sejak 21 April, sekitar 15 kanak-kanak berusia antara lapan dan 12 tahun telah dimasukkan ke hospital berhampiran di bandar Jaipur selepas jatuh sakit. Satu siasatan telah diarahkan untuk menyiasat kematian itu.

“Kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital mengadu kes yang sama iaitu diarea, muntah-muntah dan kekurangan air. Kebanyakan mereka mendapat kejutan septik, yang boleh mengakibatkan toksin atau kadangkala mengakibatkan jangkitan bakteria dalam badan,” menurut superintenden hospital Ashok Gupta.

Polis mengatakan siasatan awal menunjukkan kanak-kanak itu jatuh sakit selepas meminum air kotor namun laporan autopsi belum lagi mendedahkan punca sebenar.

Laporan yang disiarkan oleh badan kebajikan Water Aid mengatakan India memiliki bilangan orang tertinggi di dunia tanpa akses kepada air bersih iaitu sekitar 76 juta. Mereka terpaksa untuk membeli air pada harga yang tinggi atau menggunakan bekalan yang tidak selamat untuk diminum, menurut laporan itu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA