7 kelasi Indonesia diculik

7 kelasi Indonesia diculik

JAKARTA, 24 Jun (AFP) – Tujuh kelasi Indonesia telah diculik di laut di selatan Filipina, kata kerajaan di Jakarta hari ini, yang terbaru dalam beberapa siri penculikan oleh geng bersenjata di rantau bergolak itu.

Kru-kru sedang menunda kapal baj arang batu di laut Sulu pada Isnin apabila kapal tunda mereka dirampas oleh kumpulan bersenjata, kata menteri luar Indonesia Retno Marsudi.

Tujuh kelasi dijadikan tebusan dalam dua serangan berasingan di atas kapal dalam jarak satu jam di antara satu sama lain, tambah Marsudi.

Enam kru lain yang menaiki kapal tunda tidak mengalami kecederaan. “Kerajaan akan melakukan sedaya upaya untuk membebaskan tebusan berkenaan,” beritahu Marsudi kepada wartawan. “Keselamatan ketujuh-tujuh warga Indonesia berkenaan menjadi keutamaan kami.”

Jurucakap untuk kementerian luar negeri berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada satu permintaan bayaran wang pampasan telah pun dilakukan, atau sama ada kumpulan militan Islam di Filipina Abu Sayyaf bertanggungjawab atas penculikan berkenaan.

Pada awal tahun ini, kumpulan tersebut menculik empat kelasi Malaysia dan 14 kelasi Indonesia, menahan mereka di kubu mereka di selatan Filipina. Mereka dibebaskan beberapa bulan kemudian tetapi tidak adanya maklumat mengenai sama ada wang tebusan dibayar.