7 keluarga terima sumbangan TelBru

7 keluarga terima sumbangan TelBru

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 8 Julai – TelBru melalui cawangannya di Daerah Temburong tidak ketinggalan dalam sama-sama menzahirkan keprihatinan terhadap orang-orang yang kurang berkemampuan dengan mengunjungi tujuh buah keluarga di daerah ini.

Rombongan pegawai dan kakitangan TelBru berkenaan telah diketuai oleh salah seorang pegawainya, Dayang Rosmawani binti Haji Mohd Salleh.

Dalam kunjungan berkenaan, rombongan turut menghulurkan sumbangan berupa catuan makanan asasi dan ‘hamper’ Hari Raya bagi membantu mereka dalam persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Kunjungan dimulakan ke rumah Awang Matzain bin Haji Badar di Kampung Senukuh, diikuti rumah Awang Roslan bin Abdullah@ Mikenlee anak Ending di Kampung Selapon, Awang Murni bin Durano di Kampung Gadong Baru, Awang Muhammad Adam bin Abdul Rahman Ampaling@ Rhu anak Ampaling di Kampung Tanjung Bungar, Awang Sipul bin Haji Gomban di Kampung Buang Bulan, Awang Alias bin Abdullah di Kampung Selangan dan Awang Mahmud bin Mentiri di Kampung Puni.

Sebelum perjalanan mereka ke rumah-rumah para penerima, bacaan Surah Al-Fatihah telah dipimpin oleh Awang Mohd Isa bin Haji Nayan.

Salah seorang penerima, Awang Mahmud dari Kampung Puni menerima sumbangan daripada TelBru.
Salah seorang penerima, Awang Mahmud dari Kampung Puni menerima sumbangan daripada TelBru.

ARTIKEL YANG SAMA