7 maut, 2 hilang akibat Dianmu

7 maut, 2 hilang akibat Dianmu

HANOI, 21 Ogos – Taufan Dianmu mengorbankan tujuh orang dan mengakibatkan dua lagi hilang di utara Vietnam hari ini, menurut Jawatankuasa Penyelaras Pusat bagi Pencegahan dan Pengawalan Bencana Alam.

Selepas melanda utara Vietnam pada petang Jumaat, taufan Dianmu menjadi ribut lemah. Namun dalam masa yang sama, taufan itu sudah pun menyebabkan 44 buah rumah roboh, 651 bumbung diterbangkan dan dirosakkan, 1,511 dibanjiri manakala sebanyak 2,154 rumah memerlukan pemindahan segera.

Kira-kira 8,843 hektar sawah dan 1,189 tanaman dibanjiri. Sekitar 61 kerbau dan 1,895 ayam mati atau dihanyutkan, kata jawatankuasa itu.

Taufan itu juga menghanyutkan 14 jambatan, merosakkan empat empangan dan merebahkan 63 tiang elektrik. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA