7 maut, 30,000 diselamatkan banjir di Louisiana

7 maut, 30,000 diselamatkan banjir di Louisiana

BATON ROUGE, Amerika Syarikat, 16 Ogos – Louisiana menghadapi banjir besar semalam, dengan tujuh orang terbunuh dan beribu-ribu lagi dipindahkan ke pusat pemindahan kecemasan selepas laluan simpanan air di bahagian selatan negeri ini melimpah keluar.

Beberapa kawasan telah menerima lebih daripada 20 inci (50 sentimeter) hujan sejak akhir Khamis, menenggelamkan sebahagian kawasan besar di selatan Louisiana di perairan berlumpur.

“Negeri kita sedang mengalami peristiwa banjir bersejarah yang memecahkan setiap rekod,” kata Gabenor Louisiana John, Bel Edwards dalam satu kenyataan lewat semalam.

“Kira-kira 30,000 orang telah diselamatkan, termasuk seorang wanita berusia 78 tahun yang menghabiskan sisa malamnya di atas pokok, Penguasa Polis Louisiana, Kolonel Mike Edmonson ketika memberitahu kepada CNN.

Terdapat 14,000 orang yang tinggal di pusat perlindungan, kebanyakannya di ibu negeri Baton Rouge dan masyarakat sekitar, katanya. Polis berkata, Louisiana National Guard akan membantu mangsa banjir di pusat-pusat perlindungan besar-besaran, termasuk kompleks studio filem Baton Rouge dan pusat hiburan di kawasan pusat bandar di bandar ini. – AP