7 maut dalam pengeboman di pasar

7 maut dalam pengeboman di pasar

BAGHDAD, 12 Julai – Pengeboman berani mati di sebuah pasar berhampiran Baghdad telah membunuh kira-kira tujuh orang hari ini, menurut para pegawai, dalam siri terbaru serangan maut dalam dan sekitar bandar.

Pengebom nekad itu telah meletupkan sebuah kenderaan yang diisi bahan letupan di sebuah pasar sayur borong timur laut bandar itu, juga mencederakan kira-kira 29 orang, kata pegawai perubatan dan keselamatan.

Tidak ada dakwaan siapa yang bertanggungjawab atas serangan itu, namun kumpulan jihad Islamic State (IS) sering melakukan pengeboman nekad yang menyasarkan orang awam.

Seorang pengebom berani mati telah meletupkan bas mini yang dimuatkan bahan letupan di kawasan pusat beli-belah Baghdad pada 3 Julai telah membunuh 292 orang dalam serangan paling maut yang melanda Iraq. – AFP

Orang awam berkumpul di tempat kejadian pengeboman kereta maut di sebuah pasar sayur dan buah-buahan di Baghdad, Iraq pada 12 Julai. - AP
Orang awam berkumpul di tempat kejadian pengeboman kereta maut di sebuah pasar sayur dan buah-buahan di Baghdad, Iraq pada 12 Julai. – AP