7 maut pejabat perundangan diserang bom

7 maut pejabat perundangan diserang bom

LAHORE, Pakistan, 14 Okt – Sekitar tujuh orang terkorban dalam satu serangan bom yang disyaki berani mati yang menyasarkan pejabat seorang perundangan tempatan di tengah Pakistan hari ini, menurut polis.

Letupan itu berlaku di pejabat Sardar Amjad Khisa, anggota Perhimpunan Kebangsaan, di bandar Taunsa berhampiran bandar Dera Ghazi Khan di bahagian wilayah selatan Punjab.

Khosa, anggota pemerintah Liga Islam Pakistan (N), tidak berada di sana apabila serangan berlaku.

“Letupan itu telah membunuh sekitar tujuh orang dan mencederakan dua yang lain,” kata pegawai polis kanan tempatan, Salim Khan Niazi memberitahu AFP menerusi telefon.

Menurutnya keadaan letupan sebenar belum lagi diketahui namun ‘kami mensyaki ia adalah serangan bunuh diri’.

“Kami bagaimanapun menunggu hasil penemuannya daripada para pegawai penghapus bom, yang akan memberitahu kami apa jenis letupan itu,” katanya.

Pegawai polis daerah, Mubashir Maikan juga mengesahkan serangan dan korban jiwa itu. – AFP