7 militan maut dalam pertempuran di Kashmir

7 militan maut dalam pertempuran di Kashmir

SRINAGAR, Kashmir, 7 Okt – Tentera India berkata semalam ia membunuh tujuh militan dalam pertempuran berasingan di Kashmir yang dikawal oleh India.

Sementara ia berkata tiga militan ditembak mati ketika cuba menyerbu sebuah kem tentera di Langate-Handwara di sempadan daerah Kupwara, kira-kira 75 km dari barat laut bandar Srinagar, ibu negeri musim panas Kashmir yang dikawal India, empat orang lain terbunuh berhampiran Garis Kawalan (LoC), sempadan de facto yang membahagi Kashmir kepada kawasan yang dikawal oleh India dan Pakistan.

“Hari ini pada kira-kira pukul 5 pagi, tiga militan cuba menyerbu sebuah kem tentera di Langate di Handwara. Bagaimanapun, kakitangan kami yang dihantar di sana dengan serta-merta bertindak balas untuk menangkis percubaan mereka dan menembak mereka di luar kem,” beritahu jurucakap tentera India Kolonel Rajesh Kalia kepada Xinhua.

“Ketika satu lagi operasi pencegahan pemberontakan, tentera kami berjaya menumpaskan tiga percubaan pence-robohan di Nowgam dan Rampura, membunuh empat orang penceroboh.”

Identiti militan yang terbunuh menurut pegawai sedang dikenal pasti. Bagaimanapun laporan awal mencadang-kan mereka adalah warga asing. Kalia berkata kakitangan tentera India belum mengalami sebarang kerosakan dalam pertempuran dan operasi mencari sedang dilancarkan.

Tidak adanya pengesahan yang boleh dilakukan mengenai kejadian itu disebabkan ia berlaku di kawasan terpencil. Pertempuran telah meletus di tengah ketegangan yang meningkat di antara tentera India dan Pakistan di LoC. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA