7 nyawa hilang dalam kebakaran

7 nyawa hilang dalam kebakaran

MUMBAI, 7 Jun (AFP) – Satu kejadian kebakaran di blok kediaman pangsapuri telah mengorbankan tujuh orang setelah terperangkap di tingkat atas bangunan, para pegawai memberitahu hari ini.

Pegawai-pegawai bomba masih mencari punca kebakaran di ibu kota India yang pesat apabila letupan berlaku semalam di tingkat 14 bangunan 21 tingkat itu, menurut pegawai.

“Kami telah mengesahkan tujuh kematian. Sekurang-kurangnya 25 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di beberapa rumah sakit,” pegawai di pusat kawalan jabatan bomba Mumbai memberitahu AFP.

Sekurang-kurangnya tiga orang mati setelah mereka cuba untuk menggunakan lif untuk melarikan diri dari api yang mana sebahagian pegawai menyalahkan kegagalan sistem elektrik pada sebuah unit alat penyaman udara, menurut laporan media tempatan.

“Kami menyelamatkan lima orang di kalangan keluarga yang sama di salah satu tingkat. Lebih 20 orang dari bangunan berjaya diselamatkan,” pegawai kanan bomba, P.S. Rahangdale memberitahu the Hindustan Times daily.

Petugas bomba berkerah untuk memadamkan api di pangsapuri tersebut. – AFP
Petugas bomba berkerah untuk memadamkan api di pangsapuri tersebut. – AFP

Nahas tersebut terjadi tidak sampai sebulan apabila empat pegawai bomba Mumbai maut di satu kejadian kebakaran di bangunan lain. Mumbai juga menghadapi beberapa kejadian bangunan runtuh termasuk satu pada April 2013 yang telah mengorbankan 74 nyawa.

Kejadian-kejadian tersebut memperlihatkan cara penghasilan bangunan yang tidak mengikut standard dan menggunakan material bangunan yang tidak mengikuti kod berikutan permintaan bangunan yang banyak di kawasan bandar.

ARTIKEL YANG SAMA