7 PATI ditahan dalam operasi di Tawau

7 PATI ditahan dalam operasi di Tawau

TAWAU, 6 April – Jabatan Imigresen Tawau dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sekitar pusat bandar ini, semalam.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau, Noraini Rasi berkata dalam operasi selama dua jam setengah bermula 2.30 petang itu di beberapa tempat tumpuan di Jalan Sin Onn dan kawasan pusat membeli-belah Eastern Plaza, seramai 94 individu diperiksa.

“Hasil pemeriksaan dan tapisan, tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama