7 pelajar Itali, 2 Jerman di antara yang terkorban

7 pelajar Itali, 2 Jerman di antara yang terkorban

TORTOSA, Espagne, 21 Mac (AFP) – Tujuh warga Itali dan dua Jerman di antara 13 pelajar perempuan yang terkorban dalam nahas bas persiaran di timur laut Sepanyol, menurut pegawai serantau hari ini.

Mangsa-mangsa nahas kelmarin, kesemuanya berusia antara 19 dan 25 tahun itu juga termasuk seorang warga Romania, Perancis, Austria dan seorang pelajar dari Uzbekistan, kata Jordi Jane, yang berkongsi hal ehwal dalaman bagi Catalonia, dalam radio.

“Beberapa daripada mereka tidak memakai tali pinggang keselamatan,” kata Jane.

Bas itu membawa para pelajar dari kira-kira 20 buah negara, kebanyakan mereka yang mengikuti program pertukaran Eropah di Catalonia.

Berpuluh cedera apabila pemandu bas persiaran itu hilang kawalan dan terlanggar ke arah kereta yang datang berhampiran bandar kecil Freginals ketika kumpulan itu pulang setelah mengunjungi festival.

Pemandu yang disoal siasat oleh polis kelmarin, berada di unit rawatan rapi dirawat bagi kecederaan dada, kata Jane. Dia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini, namun perbicaraan itu telah ditangguhkan, menurut sumber perundangan kepada AFP.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 150km selatan Barcelona ketika para pelajar pulang dari festival Fallas di timur Valencia, dikenali sebagai pembakaran patung gergasi.