7 pelajar sertai Ihtifal IPT ASEAN di KL

7 pelajar sertai Ihtifal IPT ASEAN di KL

BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS, 21 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar rombongan seramai tujuh pelajar untuk menyertai Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN dan Konvensyen Pendakwah Muda Antarabangsa 2015 di dalam acara Debat Bahasa Arab dan Musabaqah Tilawah Al-Quran yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.

Acara anjuran Universiti Sains Islam, Malaysia dengan tema Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli itu berlangsung selama lima hari bermula kelmarin hingga 24 Ogos.

Rombongan pelajar yang akan menyeri Debat Bahasa Arab terdiri daripada Awang Muhammad Adika Yusra bin Mohd Yusof (pelajar Tahun 2 Program Kewangan Islam, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan), Awang Mohammad Aiman bin Saiful Rizal (Tahun 2 Program Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam), Dayang Nur Aqilah binti Juraimi (juga pelajar Tahun 2 Program Bahasa Arab) dan Dayang Nur Amirah Afiqah binti Khairuddin (Tahun 2 Program Tafsir dan Hadith, Fakulti Usuluddin).

Peserta Tilawah Al-Quran pula ialah Abdul Qawiyuddin bin Suhaili, yang merupakan pelajar Tahun 2, Fakulti Usuluddin (Aqidah & Dakwah) dan Dayang Nurhani Basirah binti Haji Chipli, iaitu pelajar Tahun 2, Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

Para peserta yang akan menyertai dalam acara Debat Bahasa Arab dan Musabaqah Tilawah Al-Quran di Kuala Lumpur.
Para peserta yang akan menyertai dalam acara Debat Bahasa Arab dan Musabaqah Tilawah Al-Quran di Kuala Lumpur.

Manakala itu, Awang Muhammad Arif bin Haji Johari, pelajar Tahun 2, Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam menyertai Konvensyen Pendakwah Muda.

Rombongan pelajar berkenaan diiringi oleh Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Pengiran Dr Haji Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Kula.

Antara objektif penyertaan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta agar dapat menimba pengalaman bersaing dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, menggalakkan minat dan bakat pelajar dalam bidang debat Bahasa Arab dan Tilawah Al-Quran serta untuk menanai nilai-nilai murni dalam pembentukan sahsiah pelajar agar menjadi pelajar syumul.

Manakala itu, penyertaan di dalam Konvensyen Pendakwah Muda diharap dapat menyuntik semangat pelajar dalam memenuhi potensi mereka sebagai pemimpin.

ARTIKEL YANG SAMA