7 pemenang bawa pulang tiket penerbangan

7 pemenang bawa pulang tiket penerbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Seramai tujuh pemenang cabutan hadiah bertuah Win&Fly sempena promosi Ramadan 2015, Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC), hari ini, telah menerima hadiah mereka di Restoran Dynasty, Centrepoint Gadong.

Setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan pergi balik ke tujuh destinasi ASEAN, sumbangan RBC dan Royal Brunei Airlines (RB).

Tujuh pemenang bertuah menerima tiket penerbangan ke destinasi terpilih itu ialah, Pengiran Anak Haji Azlanuddin (Bangkok), Hajah Siti Nursyairah (Bali), Dayang Nutun Nahdhah (Kuala Lumpur), Awang Mohammad Azeeb Shah (Ho Chin Minh), Datin Hajah Seri (Jakarta) dan Awang Mohd Shahmin membawa pulang tiket penerbangan ke Manila.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Pemangku Pengarah Urusan RBC, Pengiran Haji Abd Rahman bin Haji Mat Salleh dan Ketua Komunikasi Korporat, Dayang Azhani Abu Danial dan Pengurus Pemasaran RB, Ali Rahim bin Haji Abd Rani.

Antar salah seorang daripada tujuh pemenang bertuah yang memenangi tiket penerbangan ke salah satu destinasi ASEAN terpilih.
Antar salah seorang daripada tujuh pemenang bertuah yang memenangi tiket penerbangan ke salah satu destinasi ASEAN terpilih.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Eksekutif Jualan Kanan, Dayang Norhasinda Duraman, pegawai dan kakitangan di RBC dan para jemputan khas. Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis.

ARTIKEL YANG SAMA