7 pemenang bertuah RBC

7 pemenang bertuah RBC

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Tujuh orang pelanggan Royal Brunei Catering Sdn Bhd (RBC), telah membawa pulang hadiah-hadiah menarik apabila dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah dalam Festival Makanan Tempatan Brunei yang berlangsung di Restoran Seasons, Hotel Centrepoint, Gadong, petang tadi.

Pada majlis cabutan itu, Dayang Osmawati Fazenda binti Othman memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Hong Kong, sementara itu, Awang Harun bin Haji Hidup membawa pulang hadiah utama kedua iaitu dua tiket penerbangan ke Bali tajaan Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Hadiah ketiga berupa Set Home Teater + LED TV tajaan Panacom dimenangi oleh Awang Jefri bin Rahman dan Pengiran Haji Helmi menerima pakej penginapan di Hotel Empire & Country Club dan baucar selaku pemenang keempat.

Dayang Osmawati Fazenda menerima hadiah utama kemenangannya.
Dayang Osmawati Fazenda menerima hadiah utama kemenangannya.
Awang Harun semasa menerima hadiah.
Awang Harun semasa menerima hadiah.

Dayang Siti Zainab sebagai pemenang kelima pula menerima iPad tajaan CityMobile Brunei dan baucar RBC bernilai $250. Sementara itu pemenang keenam dan ketujuh, Dayang Norasmah binti Ali dan Dayangku Hajah Supinah, masing-masing memenangi baucar Hotel Empire bernilai $100.

Penyampaian hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Am RBC, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapa, Pegawai Perhubungan Korporat RB, Awang Mahyuddin bin Zulkifli serta pegawai dan kakitangan RBC.

ARTIKEL YANG SAMA