7 pemenang SMS Kuiz TV terima hadiah

7 pemenang SMS Kuiz TV terima hadiah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Bersempena Hari Guru 2016, Radio Televisyen Brunei (RTB), baru-baru ini, telah mengadakan SMS Kuiz TV dan hari ini penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz telah diadakan di Studio A, RTB, di ibu negara.

Seramai tujuh orang pemenang telah menerima hadiah masing-masing daripada Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu selaku tetamu kehormat majlis.

SMS Kuiz TV merupakan salah satu usaha RTB supaya terus relevan dalam penyiaran TV serta mengikut arus perubahan teknologi. RTB telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dalam tempoh tujuh hari perkhidmatan berkenaan dibukakan.

Ketua New Media TV, Awang Mohd Zulkarnain bin Haji Ibrahim selaku pengerusi majlis, dalam ucapannya menjelaskan bahawa pendaftaran baru bagi SMS Kuiz TV telah meningkat sebanyak 20 peratus semasa ia disiarkan manakala jumlah penyertaan yang diterima lebih 200 orang.

“Ini menunjukkan penglibatan penonton dalam rancangan berkenaan adalah menggalakkan dan menjadi salah satu pilihan. Insya-Allah, rancangan-rancangan TV seperti ini akan dirancang untuk diterbitkan tertakluk kepada Kerjasama Awam Swasta atau ‘Public Private Partnership’,” jelas beliau.

Haji Muhammad Suffian ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang SMS Kuiz TV.
Haji Muhammad Suffian ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang SMS Kuiz TV.
Awang Mohammad Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Awang Mohammad Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Tetamu kehormat dan para pegawai serta kakitangan RTB bergambar ramai bersama syarikat-syarikat yang terlibat dan para pemenang SMS Kuiz TV.
Tetamu kehormat dan para pegawai serta kakitangan RTB bergambar ramai bersama syarikat-syarikat yang terlibat dan para pemenang SMS Kuiz TV.

SMS Kuiz TV yang mula dibukakan penyertaannya kepada orang ramai dari 21 hingga 27 September yang lalu, bertujuan bagi memeriahkan Sambutan Hari Guru 2016 melalui Saluran Interaktif (RTBi) yang bersiaran secara langsung selama satu jam dari 2 petang hingga 3 petang.

Keseluruhan format soalan merangkumi mengenai sejarah pendidikan dan penubuhan universiti-universiti di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai menjawab soalan-soalan yang disiarkan menerusi pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna talian Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif).

Projek berkenaan merupakan gabu-ngan kerjasama RTB bersama Progresif serta disokong oleh De Anggerek Serviced Apartment, Intracorp Sdn Bhd dan juga Concepts Computer.

ARTIKEL YANG SAMA