7 tandatangani kontrak bersama Persatuan Hoki

7 tandatangani kontrak bersama Persatuan Hoki

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21

Feb – Seramai tujuh orang individu hari ini menandatangani kontrak bersama Persatuan Hoki Brunei Darussalam pada satu majlis penandatanganan yang berlangsung di pejabat persatuan tersebut di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Hoki Brunei Darussalam, Haji Jamain bin Haji Jamahat.

Penandatangan tersebut melibatkan Pengurus Sukan Hoki Kebangsaan Lelaki 2016, Awang Mohammad Affendi bin Abdul Rahman, Pengurus Sukan Hoki Kebangsaan Wanita 2016, Hajah Norhayati binti Haji Latip dan Pengurus Sukan Hoki Kebangsaan Lelaki Bawah 21 Tahun 2016, Awang Ibrahim bin Haji Mokim.

Gambar ramai bersama tujuh barisan pengurusan dan kejurulatihan bagi sukan Hoki Kebangsaan memeterai kontrak bagi tahun 2016.
Gambar ramai bersama tujuh barisan pengurusan dan kejurulatihan bagi sukan Hoki Kebangsaan memeterai kontrak bagi tahun 2016.

Sejurus selepas penandatangan bersama pengurusan, Presiden Persatuan Hoki Negara pula menandatangani kontrak bersama pembimbing yang terdiri daripada Jurulatih Sukan Hoki Kebangsaan Lelaki dan Wanita 2016, Awang Shaiful Azli bin Abdul Rahman, Jurulatih Penjaga Gawang Sukan Hoki Lelaki dan Wanita 2016, Henry Jonathan baker, Jurulatih Fisioterapi Sukan Hoki Kebangsaan Lelaki dan Perempuan 2016, Awang Muhammad Affiq Haikal bin Zainal Abiddin, diikuti dengan penandatanganan bersama Pembantu Jurulatih Sukan Hoki Kebangsaan Lelaki dan Wanita 2016, Awang Fauzi bin Haji Awang.

ARTIKEL YANG SAMA