7 terbunuh pergaduhan penyokong parti politik

7 terbunuh pergaduhan penyokong parti politik

KANO, Nigeria, 9 Nov (AFP) – Sekurang-kurangnya 7 terbunuh dalam pertempuran antara penyokong parti politik di negeri Taraba, timur Nigeria selepas mahkamah membatalkan kemenangan pilihan raya gabenor negeri itu, kata polis tempatan.

“Tujuh orang terbunuh dan 15 cedera dalam pertempuran antara penyokong Parti Demokratik Rakyat (PDP) dan Kongres Progresif (APC) di bandar Wukari berikutan keputusan tribunal pilihan raya yang memihak kepada APC,” kata jurucakap polis negeri Taraba, Joseph Kwaji.