7 terkorban dalam nahas helikopter

7 terkorban dalam nahas helikopter

SRINAGAR, India, 23 Nov (AFP) – Kesemua penumpang iaitu enam jemaah dan seorang juruterbang terkorban dalam satu nahas helikopter hari ini di Kashmir India selepas pulang dari sebuah kuil Hindu yang terkenal di rantau pergunungan, menurut pihak polis.

Helikopter tersebut terhempas selepas berlepas dari bandar Katra, berdekatan kuil Vaishnodevi di bahagian Jammu di rantau utara yang mana menarik jutaan jemaah setiap tahun.

“Tujuh orang, enam jemaah termasuk dan seorang juruterbang wanita mati dalam nahas itu. Kami masih menyiasat punca kemalangan itu,” pegawai polis kanan paling berpengalaman di Jammu, Inspektor Jeneral Danish Rana, memberitahu AFP.

Paparan televisyen menunjukkan kebakaran pada tempat nahas dan pihak polis cuba menahan orang awam dari mendekati tempat tersebut.

Ratusan penduduk setempat berpusu-pusu ke tempat nahas bagi memerhatikan dengan lebih dekat kemalangan tersebut. - AFP
Ratusan penduduk setempat berpusu-pusu ke tempat nahas bagi memerhatikan dengan lebih dekat kemalangan tersebut. – AFP

Beberapa jemaah sering menggunakan helikopter peribadi untuk pergi dan balik dari Katra di pergunungan Trikuta daripada membuat perjalanan melalui darat.

Pada bulan Februari lalu sebuah helikopter tentera terhempas di utara Srinagar, bandar utama di Jammu dan negeri Kashmir, membunuh kedua-dua juruterbang.

Kashmir telah dibahagikan di antara India dan Pakistan sejak berakhirnya jajahan British pada 1947. Kedua-dua mendakwa kawasan bertikai itu kepunyaan mereka semuanya.