7 terkorban kereta terjunam ke sungai

7 terkorban kereta terjunam ke sungai

PHNOM PENH, 4 April (AFP) – Tujuh orang termasuklah lima orang kanak-kanak mati lemas di Kemboja apabila sebuah kereta yang penuh dengan penumpang tergelincir dari sebuah feri dan menjunam ke dalam sungai, menurut polis hari ini.

Kejadian berlaku malam semalam di selatan wilayah Kandal apabila seorang pemandu menaiki feri tempatan itu yang menurut para penyiasat pada kelajuan yang tidak selamat.

“Pemandu itu telah meminum dua tin bir, dia memandu kereta itu terlalu laju menaiki feri dan kereta itu kemudian terjatuh ke dalam air,” menurut laporan polis.

Kumpulan itu pulang dari menziarahi kubur seorang anggota keluarga bagi festival tahunan Qingming – juga dikenali sebagai Tomb Sweeping Day – tambah laporan itu lagi.

Pemandu berjaya keluar dari tingkap tetapi penumpang-penumpangnya yang lain termasuklah kanak-kanak berusia empat dan 13 tahun telah terkorban.

ARTIKEL YANG SAMA