7 warga asing ditahan

7 warga asing ditahan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Tujuh orang warga asing termasuk dua orang perempuan telah ditahan sementara di Balai Polis Berakas setelah ditangkap dalam Operasi KESAN, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) ke atas tiga buah rumah sewa dan bilik sewa berasingan di Mukim Berakas, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, empat daripada mereka telah dibebaskan setelah tapisan lanjut dibuat dan mendapati pas Imigresen mereka di negara ini masih sah dan tiga lagi masih ditahan bagi siasatan lanjut.

Menurut kenyataan JIPK, hari ini, dua daripada mereka ditahan semasa serbuan mengejut ke atas salah sebuah bilik sewa di Mukim Berakas, di mana pegawai bertugas mendapati seorang perempuan warga asing cuba untuk melarikan diri dengan bersembunyi di bahagian dapur apabila suaminya membuka pintu.

Siasatan lanjut mendapati cop imigresen Brunei yang terdapat dalam pasport perempuan berkenaan telah pun mansuh dalam simpanannya selama 198 hari. Lelaki terbabit jika sabit kesalahan akan diambil tindakan undang-undang kerana melindungi pesalah imigresen.

Pesalah imigresen bersama pasangannya.
Pesalah imigresen bersama pasangannya.
Warga asing dikumpulkan untuk diambil keterangan mereka.
Warga asing dikumpulkan untuk diambil keterangan mereka.
Perempuan warga asing yang telah pun luput pas imigresennya.
Perempuan warga asing yang telah pun luput pas imigresennya.

Manakala itu, seorang lagi perempuan warga asing ditahan di bilik yang berasingan apabila cop imigresen Brunei dalam pasport perempuan terbabit didapati telah pun mansuh dalam simpanannya selama 644 hari .

Operasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Imigresen Kanan dan melibatkan 16 orang pegawai itu bermula dari jam 10:30 malam hingga 2:30 pagi tadi.

Bagi menyokong usaha penguatkuasaan JIPK, orang ramai dialu-alukan bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA