70% gaji Kaesong digunakan untuk program senjata

70% gaji Kaesong digunakan untuk program senjata

SEOUL, 14 Feb – Korea Selatan berkata 70 peratus daripada dolar AS yang dibayar sebagai gaji dan bayaran untuk projek perindustrian Kaesong yang digantung, dikendali bersama dengan Utara, telahpun dipindahkan untuk program senjata Pyongyang dan barangan mewah untuk pemimpin Kim Jong Un.

Ia adalah pengakuan formal pertama oleh Selatan bahawa 55,000 pekerja Korea Utara di kompleks Kaesong menganggap AS$160 yang dibayar secara purata setiap bulan yang dianggap tidak mencukupi.

Korea Selatan pada Rabu lalu menggantung projek tersebut sebagai hukuman atas pelancaran roket jarak jauh Utara pada 7 Februari berkata ia tidak lagi membenarkan wang yang dibayar kepada Kaesong digunakan dalam program peluru berpandu dan nuklear Utara.

Utara menjalankan ujian nuklear keempat pada bulan lalu. Utara menggelar tindakan Selatan untuk menggantung operasi ‘satu pengisytiharaan perang’ dan menyingkir kesemua pekerja Korea Selatan pada Khamis dan membeku aset firma Korea Selatan.

“Gaji pekerja Utara dan bayaran lain dibayar dalam wang tunai dalam dolar AS kepada pihak berkuasa Utara dan bukannya kepada pekerja,” kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan kelmarin. “Ia dipercayai disalurkan dalam cara yang sama seperti mata wang asing lain diperolehi.” – Reuters

Pekerja Korea Selatan memindahkan bungkusan barangan mereka dari sebuah kenderaan untuk meninggalkan zon industri bersama Kaesong, di luar pusat pemeriksaan tentera di Paju. –  AFP
Pekerja Korea Selatan memindahkan bungkusan barangan mereka dari sebuah kenderaan untuk meninggalkan zon industri bersama Kaesong, di luar pusat pemeriksaan tentera di Paju. – AFP

Wang tunai itu seterusnya disimpan dan diuruskan oleh Pejabat Parti pekerja 39 dan agensi lain, kata kementerian. Kementerian berkata ia telah mengesahkan pergerakan wang menerusi pelbagai sumber tetapi tidak menyatakannya secara khusus. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA