70 kanak-kanak sertai Program Olimpik Khas

70 kanak-kanak sertai Program Olimpik Khas

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Seramai 70 kanak-kanak tadika dan pelajar berumur dua hingga tujuh tahun dari DESS School, Joyful Kid Montessory School, Rising Star Child Development School dan Sekolah Rendah Rimba II berserta keluarga mereka, hari ini, telah menyertai Program Olimpik Khas bagi Atlet Muda Brunei Darussalam, di Pusat Promosi Kesihatan, Berakas.

Program yang dianjurkan oleh persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (Special Olympic Brunei Darussalam – SOBD) itu adalah bersempena dengan Acara ‘Ribbon Day’ yang juga mengetengahkan pelbagai aktiviti sepanjang ia berlangsung.

Pada acara itu, atlet istimewa, kanak-kanak bersama para pelajar telah dilatih dan diuji pelbagai kemahiran asas permainan bola keranjang seperti melontar bola ke sasaran mendatar dan berlari sambil mengelak halangan.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang yang berterusan dalam mengembangkan kecergasan fizikal, mempamerkan keberanian, pengalaman detik menyeronokkan dan perasaan gembira dalam kalangan mereka yang terlibat selain memupuk persahabatan, kemahiran dan berkongsi hadiah bersama anggota keluarga dan atlet Olimpik Khas.

Antara aktiviti menarik yang memberi peluang kanak-kanak tadika dan para pelajar dalam mengembangkan kecergasan fizikal mereka.
Antara aktiviti menarik yang memberi peluang kanak-kanak tadika dan para pelajar dalam mengembangkan kecergasan fizikal mereka.

ARTIKEL YANG SAMA