70 maut, hospital diletup

70 maut, hospital diletup

QUETTA, Pakistan, 8 Ogos – Seorang pengebom yang membawa galas bebola telah meletupkan dirinya di sebuah hospital Pakistan hari ini dan membunuh kira-kira 70 orang, ketika para saksi menggambarkan kakitangan menangis berkejar ke arah tapak letupan untuk membantu puluhan mangsa yang cedera.

Pengebom menyerang sekumpulan kira-kira 200 orang yang berkumpul di Hospital Awam di bandar Quetta wilayah Balochistan selepas penembakan maut seorang peguam tempatan kanan awal hari itu. Lebih 100 cedera, kata para pegawai.

Rakaman video menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di tanah, beberapa daripadanya masih lagi berasap, sebilangannya berlumuran darah dan kaca berkecai ketika mangsa terselamat yang terkejut menangis dan menenangkan antara satu sama lain.

Seorang jurnalis AFP berkata dia berada jauhnya kira-kira 20 meter apabila letupan itu berlaku.

“Terdapat asap dan debu tebal,” katanya.

Para pegawai keselamatan Pakistan dan para peguam berkumpul di sekitar mayat mangsa terbunuh dalam satu letupan bom di sebuah premis hospital kerajaan di Quetta pada 8 Ogos. – AFP
Para pegawai keselamatan Pakistan dan para peguam berkumpul di sekitar mayat mangsa terbunuh dalam satu letupan bom di sebuah premis hospital kerajaan di Quetta pada 8 Ogos. – AFP

“Saya berlari ke tempat itu dan menyaksikan mayat bergelimpangan di mana-mana dan kebanyakan orang yang cedera menangis. Terdapat lumuran darah, cebisan mayat dan daging mangsa korban di sekitar kawasan itu.”

Para jururawat dan peguam menangis ketika paramedik dari dalam hospital tergesa-gesa untuk membantu puluhan mangsa cedera, katanya.

“Orang ramai memukul kepala mereka, menangis dan berkabung. Mereka berasa cukup terkejut dan hiba.”

Pervez Masi, yang cedera akibat serpihan kaca berterbangan, berkata letupan itu sangat kuat sehingga ‘kami tidak mengetahui apa yang berlaku’.

“Ramai rakan terkorban,” katanya. “Sesiapa saja yang melakukan hal ini bukan manusia, dia adalah binatang dan tidak berperikemanusiaan.”

Polis dan para pegawai berkata letupan itu kelihatannya satu serangan berani mati namun menambah mereka masih lagi menyiasat.

“Kira-kira 45 disahkan terkorban dan sekitar 50 lagi cedera,” kata Rehmat Saleh Balocj, menteri kesihatan bagi Balochistan, mengemas kini jumlah sebelumnya. – AFP