70 pelajar sertai Kelas Malam dan Kem Persahabatan

70 pelajar sertai Kelas Malam dan Kem Persahabatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seramai 70 pelajar Tahun 4 hingga 6 dari Tinkerbell Learning School baru-baru ini menyertai Kelas Malam dan Kem Persahabatan di premis sekolah itu. Acara dua hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pembinaan pasukan, unggun api, ceramah daripada fasilitator kem, permainan menyeronokkan dan banyak lagi bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap tanggungjawab mereka.

Kelas Malam dan Kem Persahabatan itu dihasratkan dapat menjalinkan persahabatan, kebebasan dan kesedaran terhadap tanggungjawab mereka semasa berada jauh dari rumah. Semasa kem, pelajar-pelajar teruja ketika mereka berkongsi pengalaman dan idea semasa perhimpunan sebelum tidur.

Mereka juga meraih pengalaman membuat unggun api dan mengakhiri aktiviti mereka dengan saling bermaaf-maafan dan berterima kasih kepada rakan sekelas dan rakan-rakan lain.

Gambar ramai pelajar yang menyertai Kelas Malam dan Kem Persahabatan Tinkerbell.
Gambar ramai pelajar yang menyertai Kelas Malam dan Kem Persahabatan Tinkerbell.

ARTIKEL YANG SAMA