70 penonton k...

70 penonton kart keracunan asap

BRUSSELS, 12 Feb – Sekurang-kurangnya 70 orang mengalami keracunan karbon monoksida, termasuk lima dilaporkan serius ketika berlangsung perlumbaan kart di sebuah litar tertutup di tengah Belgium, semalam, kata pihak berkuasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8:30 malam di litar lumba kart yang baru dibuka di Wavre, kawasan pinggir bandar, kira-kira 30 kilometer ke tenggara Brussels.

Mangsa dikejarkan ke hospital tempatan di seluruh kawasan tengah Belgium untuk mendapatkan rawatan.

“Semua sudah dipindahkan dari litar kart dan keadaan mangsa dilaporkan tidak lagi serius,” kata Datuk Bandar Wavre, Francoise Pigeolet , lapor agensi berita Belga.

Pihak berkuasa bandar berkata, kira-kira 150 orang hadir ke acara itu.

Sebuah kereta melepasi papan iklan  yang tertera ‘Wavre Indoor Karting’. Sekurang-kurangnya 70 orang mengalami keracunan karbon monoksida, termasuk lima dilaporkan serius ketika berlangsung perlumbaan kart di sebuah litar tertutup di tengah Belgium, semalam, kata pihak berkuasa. – AFP

Media melaporkan pengunjung yang menghadiri perlumbaan dua malam lalu ada mengadu mengenai bau asap.

Pigeolet berkata, penyiasat percaya sistem pengudaraan yang rosak menjadi punca berlakunya pencemaran udara dan keracunan.

Di laman Facebook, Wavre Indoor Karting berkata ia adalah ‘jelas amat dikesali dengan kejadian itu’ dan memberi sokongan ‘sepenuh hati’ kepada mangsa – AFP

ARTIKEL YANG SAMA