70 sertai kursus pengukuhan Islam

70 sertai kursus pengukuhan Islam

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seramai 70 orang pegawai dan kakitangan kerajaan menyertai Kursus Pengukuhan Islam, Fiqh Al-Munakahat yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini, di Bilik Kuliah Mau’izzah, Pusat Dakwah Islamiah, Berakas.

Pengisian kursus sehingga 28 April itu antara lain meliputi topik melamar dan meminang, perkahwinan menurut Islam, Iddah dan Ruju’, yang disampaikan oleh tenaga pengajar, Haji Imaharan bin Haji Metali.

Dalam kursus hari ini, Beliau menjelaskan bahawa meminang bererti melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang perempuan tertentu.

Perkara ini dinyatakan sama ada kepada perempuan berkenaan atau penjaganya (wali) dan perkara ini boleh dilakukan sendiri oleh pihak lelaki atau melalui orang tengah.

Antara para peserta yang menghadiri Kursus Pengukuhan Islam, Fiqh Al-Munakahat.
Antara para peserta yang menghadiri Kursus Pengukuhan Islam, Fiqh Al-Munakahat.

Beliau seterusnya menjelaskan, sekiranya pihak perempuan atau keluarganya bersetuju dengan hasrat lelaki tersebut, maka terlaksanalah pertunangan antara pasangan berkenaan.

Penganjuran kursus antara lain bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan bab munakahat, di samping memberikan kesedaran mengenai kewajipan dalam perkahwinan.

ARTIKEL YANG SAMA