70 sertai kursus Pengukuhan Islam

70 sertai kursus Pengukuhan Islam

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan menyertai Kursus Pengukuhan Islam anjuran Pusat Dakwah Islamiah 2016, yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini.

Kursus yang berlangsung di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang betul mengenai Akidah Ahli Sunnah Wal-Jama’ah (ASWJ).

Manakala itu, objektifnya pula adalah untuk memantapkan lagi Aqidah ASWJ dengan memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai asas-asas Akidah ASWJ dan mendedahkan ciri-ciri ajaran sesat menurut ASWJ supaya tidak mudah terpengaruh dengan Akidah dan Fahaman yang menyeleweng.

Penceramah ketika menyampaikan isi kandungan kursus kepada para peserta.
Penceramah ketika menyampaikan isi kandungan kursus kepada para peserta.

Antara isi kandungan kursus ialah latar belakang ASWJ, definisi ASWJ, ciri-ciri ASWJ, perkara-perkara As-Sam’iyyat dan Al-Ghaibiyyat, dan golongan yang menyeleweng daripada ASWJ, yang disampaikan oleh pengendali kursus, Haji Anwari bin Haji Rawee. Apa yang diharapkan, para peserta akan dapat memahami, mengulang kaji pengetahuan yang ada dan meningkatkan lagi kefahaman yang sedia ada agar ia dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA