70 terima agihan daging korban di Giant Hypermarket

70 terima agihan daging korban di Giant Hypermarket

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Lebih 70 orang terdiri daripada asnaf fakir miskin dan anak-anak yatim Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah menerima agihan daging korban yang diadakan di Giant Hypermarket, Tasik Rimba.

Pengagihan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha itu disempurnakan oleh Pengarah Giant TMC (B) Sdn Bhd, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Awang Besar.

Majlis seumpamanya adalah salah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat Giant Hypermarket Tasik Rimba dengan mengorbankan tiga ekor kerbau yang disumbangkan oleh kakitangan syarikat tersebut dan juga individu perseorangan.

Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman menyampaikan daging korban kepada para penerima.
Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman menyampaikan daging korban kepada para penerima.

ARTIKEL YANG SAMA