70 warga SR Sinaut kunjungi Balai Bomba Tutong

70 warga SR Sinaut kunjungi Balai Bomba Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Nov – Seramai 70 orang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah (SR) Sinaut telah mengadakan lawatan sambil belajar di Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Tutong, kelmarin.

Mereka dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘E’, Balai Bomba Daerah Tutong, Pegawai Balai Nur Halimatul Halimah binti Abdullah Chin bersama pegawai dan anggota Bomba Cawangan Operasi ‘E’.

Selepas mendengar taklimat mengenai Balai Bomba Tutong yang disampaikan oleh Stesen Komander Balai Bomba Tutong, Pegawai Balai Hamdani bin Sidek, mereka tidak melepaskan peluang untuk menaiki dan masuk ke dalam kereta bomba untuk merasai sendiri pengalaman menaikinya. Selain itu, mereka juga menyaksikan anggota Bomba melakukan demonstrasi cara menggunakan sliding pole. Murid-murid turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti semasa kunjungan tersebut.

Antara aktiviti yang disertai murid-murid semasa lawatan tersebut.
Antara aktiviti yang disertai murid-murid semasa lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA