700 juta pengguna internet di China

700 juta pengguna internet di China

BEIJING, 24 Jan – Pengguna internet di China kini adalah antara yang tertinggi di dunia apabila sejumlah 700 juta orang dicatatkan tahun lalu dan jumlah itu adalah dua kali ganda penduduk Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa.

Beijing mengenakan kawalan ketat dalam kandungan internet, sementara urusan e-dagang adalah penting dalam usaha negara itu untuk mengubah ekonomi supaya dipacu oleh permintaan pengguna.

Selain itu, China Internet Network Information Center (CNNIC) berkata, jumlah mereka yang menggunakan internet sekurang-kurangnya sekali sejak enam bulan lalu adalah sebanyak 688 juta orang menjelang akhir 2015.

Ia naik 39.5 juta berbanding tahun sebelumnya, menurut Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC).

Jumlah itu mewakili separuh daripada penduduk China, negara paling ramai penduduk di dunia.

CNNIC melaporkan, lebih 90 peratus pengguna melayari internet menggunakan telefon pintar mereka, sementara dua per tiga daripada mereka menggunakan komputer dan hampir 40 peratus menggunakan laptop. – AFP

pg19_160125_b