700 lagi dita...

700 lagi ditangkap di Mexico

BANDAR MEXICO, 6 Jan – Kemarahan ekoran kenaikan harga gasolin di Mexico mencetuskan lebih banyak bantahan dan perampasan semalam dan para pegawai berkata kekacauan itu telah mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang yang berada di tempat kejadian, melakukan perampasan di 300 buah kedai dan penangkapan lebih 700.

Dewan perniagaan negara itu berkata kombinasi sekatan lebuh raya, pelabuhan dan terminal dan perampasan minggu ini memaksa banyak kedai dan perniagaan ditutup dan mengancam bekalan barangan asas dan minyak.

Adegan perampasan beramai-ramai berlaku ketika para ibu bapa berdepan hari membeli belah terakhir untuk mendapatkan hadiah untuk anak-anak mereka sebelum cuti Epiphany atau Three Kings of Day (percutian pesta Kristian).

Rakyat Mexico berang dengan kenaikan 20 peratus harga minyak yang diumumkan pada hujung minggu sebagai sebahagian dari pembatalan kawal selia kerajaan ke atas sektor tenaga.

Polis mengawal Palacio de Gobierno semasa rusuhan terhadap kenaikan harga bahan api, kelmarin. Kemarahan ekoran kenaikan harga gasolin di Mexico mencetuskan lebih banyak bantahan dan perampasan semalam. – AFP
Polis mengawal Palacio de Gobierno semasa rusuhan terhadap kenaikan harga bahan api, kelmarin. Kemarahan ekoran kenaikan harga gasolin di Mexico mencetuskan lebih banyak bantahan dan perampasan semalam. – AFP

Sementara mengakui kemarahan itu, Presiden Enrique Pena Nieto semalam berkata beliau akan bagaimanapun meneruskan dengan skim pengurangan peraturan harga, yang akan menghapuskan subsidi minyak dan membolehkan harga gasolin ditentukan oleh harga lazim antarabangsa.

“Saya tahu bahawa dengan membolehkan gasolin meningkat pada harga antarabangsa, adalah perubahan sukar, tetapi sebagai presiden tugas saya sebenarnya membuat keputusan sukar sekarang, untuk mengelak akibat teruk pada masa akan datang,” Pena Nieto berkata dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

“Dengan mengekalkan harga gas rendah secara dibuat-buat, akan bermakna mengambil wang dari rakyat Mexico yang paling miskin, dan memberikannya kepada mereka yang mempunyai paling banyak wang.”

Pena Nieto berkata cabaran besar lain bagi Mexico dalam tahun 2017 ialah untuk membina hubungan positif dengan pentadbiran baru AS,” sesuatu yang menurut beliau akan dilakukan ‘maruah Mexico yang tidak boleh hancur’. – AP

ARTIKEL YANG SAMA