700 penghijrah dikhuatiri terkorban

700 penghijrah dikhuatiri terkorban

ROME, Itali – Kira-kira 700 penghijrah dan orang pelarian dikhuatiri terkorban dalam tiga nahas kapal yang berlaku di selatan Mediterranean minggu ini, menurut agensi pelarian PBB UNCHR dan badan-badan amal di Itali yang membantu mereka yang terselamat.

Kejadian besar berlaku di perairan pantai Libya Khamis lalu, dan mungkin mengakibatkan bilangan kematian terbesar.

“Kami tidak tahu bilangan sebenar dan identiti mereka, tetapi mereka yang terselamat memberitahu bahawa lebih 500 orang telah terbunuh,” jurucakap UNHCR Carlotta Sami berkata di Twitter, dengan merujuk tentang nahas kapal itu.

para penghijrah dan orang pelarian telah belayar menaiki dua bot menangkap ikan dan sebuah bot boleh kembung dari pelabuhan Libya, Sabratha sehari sebelumnya, menurut yang diberitahu oleh para mangsa kepada badan amal Save the Children di Pozzallo, Sicily.

“Mereka berkata , bot menangkap ikan pertama membawa kira-kira 500 orang dan menunda bot kedua yang membawa lebih 400 orang di dalamnya,”Giovanna Di Benedetto, jurucakap bagi Save the Children di Sicily, memberitahu Xinhua.

Gambar tidak bertarikh menunjukkan penghijrah yang cuba meredah laut Mediterranean diselamatkan oleh tentera laut Itali. – AP
Gambar tidak bertarikh menunjukkan penghijrah yang cuba meredah laut Mediterranean diselamatkan oleh tentera laut Itali. – AP

Bot ketiga, iaitu sebuah bot getah boleh kembung, yang membawa kira-kira 10 orang di dalamnya.

“Pada pagi Khamis lalu, bot menangkap ikan kedua mula karam dan beberapa belas orang dapat meninggalkan bot itu dan mencari tempat selamat di bot pertama, dengan berenang atau memegang tali yang menghubungkan bot-bot itu,” tambahnya lagi.

Kemudian bot kedua karam dengan cepat dan dilaporkan beratus-ratus orang berada di dalam air, menurut Di Benedetto.

Mereka yang bercakap dengan pegawai-pegawai kemanusiaan, sama ada mangsa yang terselamat dari bot kedua dan saksi-saksi dari bot pertama, terutamanya berasal dari Eritrean, jurucakap itu memberitahu Xinhua.

Seorang warga Sudan dan tiga orang lagi yang disyaki penyeludup telah diberkas, sebaik saja mereka dibawa ke Pozzallo bersama-sama mangsa-mangsa yang teselamat, menurut media Itali.

Berbelas-belas wanita dan sekurang-kurangnya 40 orang kanak-kanak adalah antara mangsa nahas bos ini, lapor agensi berita Ansa.

Sebanyak 110 orang lagi penghijrah dan orang pelarian hilang selepas nahas bot sebelumnya yang berlaku pada hari Rabu. – Xinhua