700 sertai Larian Amal WBC

700 sertai Larian Amal WBC

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kira-kira 700 orang telah menyertai Larian Amal Majlis Perniagaan Wanita (WBC) Brunei Darussalam, dalam pelbagai kategori termasuk orang-orang berkeperluan khas, yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan pelepasan peserta larian serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rahmah binti Haji Mohd Said.

Larian ini mempertandingkan empat kategori dengan Kategori Terbuka Lelaki 10km dijuarai oleh Awang Sefli Ahar, diikuti oleh Gavin Hicks dan Haji Saifullah bin Haji Ramli masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Juara Kategori Terbuka Perempuan 10km pula disandang oleh Dayang Radiah Mardiah binti Haji Botty, manakala itu, Dayang Shazana Nabilah menduduki tempat kedua dan Dayang Ain binti Abdullah di tempat ketiga.

Bagi Kategori Terbuka Lelaki 5km, tempat pertama dimenangi oleh Awang Muhd Qamarul Ariffin, diikuti oleh Awang Mastani di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Wei Kuang.

Dr Hajah Rahmah (dua, kanan) bersama Datin Paduka Hajah Rokiah (tiga, kanan) bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Kategori 10km Terbuka Lelaki.
Dr Hajah Rahmah (dua, kanan) bersama Datin Paduka Hajah Rokiah (tiga, kanan) bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Kategori 10km Terbuka Lelaki.
Antara para peserta yang mengikuti Larian Amal WBC dalam pelbagai kategori.
Antara para peserta yang mengikuti Larian Amal WBC dalam pelbagai kategori.
Penyampaian replika cek kepada wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah yang bernilai $5,000.
Penyampaian replika cek kepada wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah yang bernilai $5,000.

Manakala itu, menjuarai Kategori Terbuka Perempuan 5km ialah Sheo Yee, dengan Lovelc dan Vanessa masing-masing menyandang tempat kedua dan ketiga.

Dalam Kategori Terbuka Lelaki dan Perempuan 10km, juara menerima wang tunai $800 berserta hamper makanan, manakala itu, juara Terbuka Lelaki dan Perempuan 5km membawa pulang wang tunai $600 dan hamper makanan.

Majlis turut menyaksikan tetamu kehormat menyampaikan cek bernilai $5,000 kepada wakil Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah.

Yang Di-Pertua WBC, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah dalam ucapannya menjelaskan, sebahagian daripada yuran pendaftaran larian akan disumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah, yang akan dapat memberikan bantuan terhadap masa depan anak-anak yatim.

 

pg04_151102_c

pg04_151102_d

Larian amal ini, jelasnya lagi, telah dibuka untuk penyertaan bagi orang kelainan upaya (OKU) dan pendaftaran mereka adalah percuma tapi mereka hendaklah ditemani oleh orang dewasa semasa larian tadi pagi.

Beliau berharap agar larian amal yang julung kalinya dijalankan oleh WBC dengan slogan ‘Run For Our Orphans, Run For Their Future’ ini akan dapat diusahakan lagi di masa yang akan datang dengan lebih teratur.

Menurut beliau, walaupun ini kali pertama diadakan, sambutan orang ramai begitu menggalakkan dan beliau turut melahirkan perasaan gembira serta terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan untuk Dana Pengiran Muda Makhota Al-Muhtadee Billah.

ARTIKEL YANG SAMA