71 terima sumbangan

71 terima sumbangan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Seramai 54 anak yatim dan 17 fakir miskin menerima sumbangan berupa kewangan dan pakaian harian daripada orang ramai, ahli Jawatankuasa Muslimah dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid di Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

Ketua Imam Masjid Mohamed Bolkiah, Haji Muslim bin Haji Abdul Razak dalam ucapannya berkata, sumbangan terkumpul melalui sedekah orang ramai, orang perseorangan dan ahli jawatankuasa dan kumpulan Muslimah itu diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung terutama dalam mendapatkan keperluan harian.

Tetamu kehormat menyempurnakan sumbangan sedekah kepada anak-anak yatim.
Tetamu kehormat menyempurnakan sumbangan sedekah kepada anak-anak yatim.

pg05_160511_b

Antara mereka yang menerima sumbangan tersebut.
Antara mereka yang menerima sumbangan tersebut.

Menyentuh mengenai sedekah sama ada berupa wang ringgit dan sebagainya itu merupakan amalan mulia yang sebenarnya memberikan keuntungan kepada mereka yang bersedekah dan yang menerimanya.

Bagi yang bersedekah pastilah mendapat balasan pahala sementara mereka yang menerimanya pula dapat menggunakan sedekah tersebut bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Majlis penyampaian sumbangan derma sempena dengan sambutan Israk dan Mikraj pagi tadi diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Hajah Zaleha binti Haji Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA